Sunday, January 13, 2013

Ku akui

Terasa bersalah bila kita terpaksa hipokrit.. Aku bukan seorang yang hipokrit dan aku sangat benci orang yang hipokrit, tp semenjak dua menjak ini aku rasakan diri ini mula bersikap hipokrit, kadang2 aku terfikir kenapa aku menjadi seorang yang hipokrit, kenapa aku sanggup berpura2.. Itu bukan aku, aku lebih suka menjadi diri sebenar, aku adalah aku, bukan seorang yang sanggup berpura2 semata2 ingin menjaga hati seseorang, itulah aku.. Kini aku berasa begitu bersalah dengan seseorang kerana sifat hipokritku.. Aku sanggup sentiasa mengiakan semua kata2nya walau dalam hati berkata tidak, aku sanggup berpura-pura ketawa agar dia turut ketawa.. Sifat hipokrit ku ini telah membuatkan hingga dia memanggil motivator.. Konon-kononnya aku memahami dan mengerti perasaannya, padahal semua itu adalah palsu belaka.. Pembohongan semata2.. Kenapa aku harus bersikap begitu.. Tidak kesiankah aku tentang perasaannya yang telah bnyk aku permainkan.. Kini aku ingin mencuba untuk jauh darinya bagi mengelak aku terus-terusan membohonginya dan menghipokritkan diri ini.. Aku mohon maaf andai aku bukan pendengar setia seperti yang kau harapkan, aku hanya manusia biasa, yang akan mula bosan bila adanya waktu kau membuat perkara yang membosankan dan akan gembira bila ada sesuatu yang mengembirakan.. Aku tidak mampu lagi untuk membohongi kamu dan diri ku sendiri.. Maafkan aku...

0 comments:

Post a Comment