Tuesday, January 29, 2013

aKu GaDiS kAmPuNg

Petang2 mcm ini memang jd kesukaan untuk aku menaip setiap patah cerita yg aku rasa tngah bermain dalam fikiran skrang.. Mungkin aku dah terbiasa dengan watak melankolia senja yang sering mengulik rasa kesedihan dan kesayuan disuntik seribu kenangan yang sentiasa kembang ditinggal masa. Kini aku masih di sini di bawah pokok yg telah biasa b'satu dengan panas udara pantai dan indahnya alunan ombak.. Mungkin aku mampu mengorek seribu cerita dari pokok yg semakin hari semakin tunduk ke bumi ini.. Aku sering ke sini berada dibawah teduhannya, aku merasa dia mampu bercerita tentang hebatnya pantai ini padaku.. mungkin juga rakusnya manusia mendirikan besi batu di sini tanpa fikir sakitnya pantaiku.. Semua cerita ada dipokok rhu ini.. Dan aku rasakan pokok ini juga mungkin sudah jemu dengan kerakusan manusia, mungkin juga sudah bosan barangkali dengan tipu helah manusia.. Pernah seorang teman bertanya padaku.. Tidak jemukah aku dengan pantai.. Tiap2 hari hanya pantai saja dibibirku.. Aku hanya tersenyum dan terus tersenyum.. Ingin saja aku menjawab padamu sahabat.. Itulah diriku melankolia senja.. Cintakan kedamaian dan keindahan.. Tersenyum bila bau indahnya pantai.. Ketawa bila aku dapat menghayati ketulenan pantaiku..sungguh.. Bila pantai bersatu dengan senja.. Keriangan tidak dapat digambar pada wajahku.. Pasti sungguh indah bila sinaran senja menyuluhi air ombak pantai yang tidak pernah penat mencipta irama melodi senja.. Aku tersenyum lagi.. Inilah aku.. Disini tempatku melepaskan kerinduanku.. Disini tempatku lepaskan dramatikaku seharian.. Di sini.. Bukan di tempat orang-orang kota seperti kalian.. aku hanyalah gadis kampung.. Yang mengharapkan sisi kampung dalam diriku tidak di hanyutkan oleh kepalsuan-kepalsuan kota yang tiada kesudahan.. Aku gadis kampung yang mengharap kedamaian desa sentiasa disisi.. Aku hanya gadis kampung..

Sunday, January 27, 2013

dArI hAtI kEhaRuMaN cAhAya

ada apa dengan couple? Ber 'couple'merupakan suatu perkara yang telah menjadi budaya remaja yang kononnya up to date. Couple bermula dengan pandangan mata, kemudian jatuh ke hati, saling mengutus senyuman. Selepas itu, berbalas- balas SMS, MMS rindu, sayang dan sebagainya. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian terhasillah tittle ber‘couple’. Ada juga yang siap letak status in a relationship di facebook masing- masing. Couple bagi zaman sekarang adalah sesuatu yang lumrah, suatu keperluan untuk mengenali seseorang sebelum berkahwin. Bagi remaja yang belum terfikir pun untuk berkahwin, couple adalah jalan untuk memenuhi naluri mereka yang sentiasa ingin menyayangi dan disayangi oleh jantina berlainan. Ramai remaja kini sibuk mengejar cinta lelaki dan bercouple. Alasan yang diberikan kerana sangat perlukan seseorang yang sentiasa ada pada setiap masa untuk mendengar mereka bercerita sehari- hari, perlukan seseorang untuk berkongsi cerita suka duka, perlukan telefon yang sentiasa berbunyi 24 jam, dan memerlukan teman agar mereka tidak berasa hidup ini kosong. Saya mula mengenali perkataan couple semasa dalam sekolah menengah apabila melihat teman- teman sekelas mempunyai pasangan. Mereka dilihat hebat kerana mempunyai peminat, matang, dan terkenal kerana mempunyai pergaulan yang luas kerana bercouple dengan senior-senior. Saya pula merupakan seorang yang pemalu dan jarang bercakap dengan lelaki. Hakikatnya, saya bukan seorang yang sangat pemalu atau pendiam tetapi apabila berhadapan dengan lelaki serta merta sifat malu saya sangat menebal……. Ini mungkin menyebabkan saya tidak mudah untuk mendekati lelaki. Saya tiada kawan lelaki, yang ada hanya kenalan sahaja. Saya meletakkan bahawa tiada istilah couple dalam hidup saya. Kalah dengan prinsip sendiri ? Kecewa.... sangat kecewaaaa....Saya memusnahkan, menghancurkan, merosakkan, menjahanamkan janji yang telah saya genggam dan semat dalam diri sendiri. Bagaimana saya boleh kalah ? Kisah cinta saya bermula apabila ada seorang classmate yang ala-ala ustaz yang selalu menggugat hati saya dengan sms yang berbau prihatin, selalu mengingatkan saya tentang solat. Namun, walauapa pun terjadi, itu tidak akan sama sekali bisa menggugat hati saya. Saya akan tetap terus berdiri teguh. Tapi kata teman-teman telah menggugat pendirian yang saya pegang teguh selama ini. Bagaimana awak boleh menolak lelaki sebaik itu ? awak ni memang blur, tak berperasaan atau tak normal ? OMGGGGG...... Saya sangattt la normalll okehh...... Best ke couple ? Honestly, bagi saya couple ni tak seindah yang saya duk bayangkan. Kenapa ? First, rasa bersalah selalu menghantui diri. Betul ke apa yang aku buat ni ? Bersms benda yang tak penting, sangat buang masa. Hujung minggu mesti nak plan gi dating. Tapi untuk menghentikan semua ini saya tidak mampu..... Tidak mampu untuk menghentikan segala sms dan call dari dia. Tidak mampu untuk berkata tidak dan bertegas kerana hati perempuan ni tersangat la lembut dan mudah kasihan. Lebih- lebih lagi pada orang yang mereka sayang. Saya selalu berdoa pada Allah memberikan saya kekuatan agar tidak terpedaya dengan cinta yang sia- sia dan semoga Allah menjadikan kami yang halal. Saya betul- betul ikhlas dengannya dan semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kami berdua. Namun, hajat hati tak kesampaian.......Dia tinggalkan saya untuk orang lain.... Alasannnya ? Saya terlalu baik untuk dia ,saya ni terlalu pemalu...lebih banyak mendiamkan diri apabila berjumpa. saya tidak ikhlas dengannya, ajak pergi jumpa family dia taknak, saya terlalu ego, saya tak pernah sayang padanya.....sukar untuk saya menyatakan sayang pada orang yang tidak sepatutnya, saya pentingkan diri, saya tak pernah fikir perasaan dia, saya lebih pentingkan kawan....bla... bla...bla.... Alhamdulillah..... Saya sangat marah dan kecewa pada mulanya, diri ini hampir mati dek kekecewaan yang mendalam, namun untuk apa dikenangkan lagi cinta manusia yang penuh kepalsuan dan hampir menenggelamkan saya. Buat dia yang pernah saya berikan cinta, saya sangat ikhlas dengan cinta itu. Tapi itu dulu, jangan pernah merayu-rayu saya lagi kerana kini hati saya menjadi sekeras batu.... tiada lagi kekuatan untuk mencintai seperti dulu. Semoga Allah menyembuhkan dan merawat saya dengan cinta- Nya. Jika dulu saya rasa sifat malu ini adalah kelemahan saya, kerana ini punca saya ditinggalkan. Kini, saya tahu itu adalah kekuatan saya. Syukur tidak terhingga saya panjatkan kerana Allah mengurniakan sifat malu sebagai perisai diri saya. Semoga Allah terus memperteguhkan hati saya dan hati mereka-mereka untuk terus menjaga diri, menjaga hati sebelum sampai jodoh yang telah ditetapkanNya. Saya sudah menyerahkan segalanya kepada Allah. Cukuplah Allah dan Rasulullah di hati. Kepahitan semalam membuatkan saya mengenali hakikat kehidupan. Kita hanya merancang tetapi yang menentukan segalanya adalah Dia,tuhan pemilik sekalian alam. Kredit to : KeHaRuMaN cAhAyA

Adakah Indah?

Bila sudah menganjak usia 20an pastinya setiap orang ingin mempunyai kehidupan berkeluarga yg di impikan dari usia kecil lagi..tidak terkecuali aku.. Kemarin aku sempat melihat keindahan dan keriangan seorang sahabat menamatkan setiap persoalan yang sering menguasai fikirannya.. persoalan bilakah aku akan kawin..dengan siapakah aku akan kawin.. Pasti menjadi persoalan biasa kepada setiap remaja bila sudah merasa diri sudah dewasa.. Perkahwinan yang sungguh ringkas itu telah mencuri minat aku pada setiap aturan yang dilakukan, dari majlis akad nikah hingga majlis meraikan pengatin.. Sebagai teman kepada pengatin perempuan, aku begitu teruja melihat sahabatku akan menjadi milik kepada pasangannya.. Indah sungguh, begitu cantik aturanNya.. Ketika akad dilafazkan.. Terharu menguasai diri ini.. Aku tidak mampu menggambarkan perasaan sahabatku, pastinya tiada kata yang ada untuk diungkapkan.. Usai majlis hanya senyuman peneman kepada setiap orang dalam masjid itu.. Pastinya setiap orang berkongsi kegembiraan.. Dalam hatiku terdetik seribu persoalan.. Aku cuba untuk menenangkan diri ini.. Mungkin aku juga ingin berada ditempat itu, mungkin sahabat ku yang lain juga begitu.. Mungkin itu normal sebagai gadis remaja yang semakin hari semakin singgah ke usia yang lebih tua. Terasa teringin seperti sahabatku itu menguasai diri, berlawan dengan emosi dan kehendak.. Hati cuba untuk mencipta ayat2 pujukan, menahan diri agar bersabar. Aku hanya memujuk hatiku untuk bersabar dan cuba untuk kuatkan hati yang membuak2 menginginkan perkara yang sama berlaku padaku. Berwalikan ayahku.. Dengan insan yang diharapkan menjadi milikiku..membuatkan hati bertambah kencang utk mengikut langkah sahabatku itu.. Aku masih melawan keinginan ini dengan semua andaian positif,. Akhirnya ia berjaya.. Hatiku tenang seketika.. Aku tidak perlu untuk fikir itu dan ini.. Kerna ku yakin.. aku adaMu yang pasti akan memberi yang terbaik kepadaku.. aku yakin dan terus yakin.. Untuk sahabat aku berharap kau mampu melayari kehidupanmu disamping dirinya dengan seribu senyuman.. Bumi mana tidak ditimpa hujan, begitu jualah rumahtangga.. Masalah akan datang, dan dia juga akan pergi.. Percayalah.. Bila ikrar kau dan dia termenterai.. Ingatlah kau sahabat.. Hidup kini di kurniakan sehelai kain putih, yang engkau dan pasangan mu harus corakkan.. Corakkanlah seindah mana mengikut ingin, tapi dalam engkau asyik mencorakkan keindahan pada kainmu.. Jika pada awalnya dia sudah terconteng sesuatu yang buruk dan tidak diinginmu, bersabarlah dan teruskanlah lukiskan corak kamu berdua, dan lupakan yang kau terconteng, melukis dan terus melukis sehingga kau dapat lukisan paling indah nanti.. Insyaallah.. Semoga berbahagia dengan lukisan itu suatu hari nanti, semoga berkekalan melayari kehidupan rumahtangga..

Wednesday, January 23, 2013

bila diuji

Kesedihan yg buat aku speechless.. Cter sal laptop aku yg dah rosak dah dekat 2 bulan, tp aku bru jee g baiki. Nak jd kan citer, aku g laa baiki minggu lepas kot. Pelajar thun akhir mcm aku, laptop memang dah jadi benda paling b'harga, walaupun sblum ini benda itu b'harga as student, tp ble dah thun akhir mcm biasalah benda tuh tahap super extra b'harga.. Yelaa mst extra b'harga coz thun2 akhir kan nk kena hadap tesis.. Kalu semester awal pling2 pn laptop just wat asaimen n main fb n other sosial network, tp yg jd masalah ble laptop wt hal time kte gler2 perlukan khimat die.. Masa sblum aku g pratikum, aku dah wat laa tesis aku nieh, walaupun x bnyak, so aku ase sedakk aty laa, ada laa jugak usaha aku buat ckit, walau xsebrape.. Tp yg pling xleh terima ble g baiki laptop aku yg disyngi nieh, abg kat kedai tu ckp hard disk laptop aku rosak, mula2 dngr abg tu ckp aku mcm wt muka slamber jelaa, ingat x la teruk sangat, then die ckp laa yg hard disk lappy aku xleh nk detect.. Double what!!! hard disk Xleh detect, omg.. pas2 die ckp laptop aku kena format.. N nty xleh backup dah sb hard disk broken... Masa itu, aku dah xtau nk ambk kekuatan katne.. Tesis aku!!! Ase nk jee aku menjerit satu kedai tuh, tp aku dah x terdaya nk menjerit.. Aku membisu tanpa kata, tangan aku giler menggeletar.. Istigfar banyak2.. Tarik nafas panjang2, no idea.. Nk nangis ase.. Masa itu, aku mintak akak kat kedai test hard disk aku mana tau kot2 ada keajaiban dpt detect blik., tp harapan tinggal harapan.. aku memang xleh terima kenyataan!!!! Tp bila aku fikir balik, maybe ada hikmat utk semua nieh, so aku diam je..laptop nieh aku beli 2 thn lepas, spnjang 2thn, gmbr,nota n all abou my life dah xde.. Nieh laptop kedua aku, dulu masa sem 1, aku beli laptop pn wt hal yg sama, motherboard yg rosak, aku smpan sampai b'kulat, sume gmbr, nota, n all dr sem 1 hngga sem4, burn mcm gitu jee, aku menyesal sngt sb aku x backup semua itu.. btol la org2 tua ckp nasi dah jd bubur, menyesal pn dah xde guna.. Redha je walau susah bg aku utk redha.. Dugaan semestar akhir di universiti, hope dpt jdkan pengajaran, lain kali backup awal2.. Kalo nangis keluar air mata darah sekalipun benda tu dah xde, kosong.. Senyum dan pikir yg positif2 je.. mesti ada yang tersembunyi..

Saturday, January 19, 2013

maafkan aku teman

Dan bila hari berganti hari.. Aku masih disini.. Mengharapkan sesuatu di dalam hati.. Tanpa tiada sesiapa yang mengerti.. Ku pandang kanan ku pandang kiri.. Masih tidak ku temui jawapan yang hakiki.. Melihat teman-teman di sisi.. Terasa begitu banyak kesilapan diri.. Membuat aku berfikir sendiri.. Mampukah kemaafan di beri.. Pada diriku yang khilaf ini.. Besarnya dosaku pada Ilahi.. Aku harus bersujud padaNya sendiri.. Memohon ampun semoga ku sedari.. Dosaku pada teman-teman harap dimaafi.. Mengumpat mengata dan sebagainya lagi.. Sebelum hidup diakhiri..

Sunday, January 13, 2013

Ku akui

Terasa bersalah bila kita terpaksa hipokrit.. Aku bukan seorang yang hipokrit dan aku sangat benci orang yang hipokrit, tp semenjak dua menjak ini aku rasakan diri ini mula bersikap hipokrit, kadang2 aku terfikir kenapa aku menjadi seorang yang hipokrit, kenapa aku sanggup berpura2.. Itu bukan aku, aku lebih suka menjadi diri sebenar, aku adalah aku, bukan seorang yang sanggup berpura2 semata2 ingin menjaga hati seseorang, itulah aku.. Kini aku berasa begitu bersalah dengan seseorang kerana sifat hipokritku.. Aku sanggup sentiasa mengiakan semua kata2nya walau dalam hati berkata tidak, aku sanggup berpura-pura ketawa agar dia turut ketawa.. Sifat hipokrit ku ini telah membuatkan hingga dia memanggil motivator.. Konon-kononnya aku memahami dan mengerti perasaannya, padahal semua itu adalah palsu belaka.. Pembohongan semata2.. Kenapa aku harus bersikap begitu.. Tidak kesiankah aku tentang perasaannya yang telah bnyk aku permainkan.. Kini aku ingin mencuba untuk jauh darinya bagi mengelak aku terus-terusan membohonginya dan menghipokritkan diri ini.. Aku mohon maaf andai aku bukan pendengar setia seperti yang kau harapkan, aku hanya manusia biasa, yang akan mula bosan bila adanya waktu kau membuat perkara yang membosankan dan akan gembira bila ada sesuatu yang mengembirakan.. Aku tidak mampu lagi untuk membohongi kamu dan diri ku sendiri.. Maafkan aku...

Thursday, January 10, 2013

Bila Senja

Senja~ Terdengar alunan angin yang begitu mendamaikan. Mengadap langit yang mula merubah kehitaman., Mengsyukuri nikmat tuhan yang berpanjangan., Menghargai pacaran sinar mentari yang mula menghilang.. Itulah senja yang menenangkan.. Disini aku masih utuh berdiri.. Membiarkan angin meniup lembut dipipi.. Bersendiri mengenang kehidupan sehari-hari., Senja menjadi pengubat di kala ini.. Senja yang penuh kedamaian.. Kau datang diperhujungan hari., Memberi semangat untukku kembali.. Setelah seharian memenat diri.. Kau peneman setiaku kini.. Senja.. Hadirmu berteman kesayuan.. Kau datang berteman mentari yang sentiasa memberi sinar pada kami sekalian.. Kau datang berteman angin yang merelakan dirinya ke sana dan ke sini., Kau datang berteman ombak pantai yang memberikan alunan indah gerak iramanya.. Kau datang berteman keasyiknya siulan burung yang mula pulang ke sarang.. Kau datang berteman bulan yang masih malu memberi sinarnya.. Kau datang berteman seribu keindahan yang memukau ku sehingga kini.. Kaulah senja yang mempesonakan.. Kau memberi keindahan untuk diri ini.. Sehingga aku sentiasa menantikan kedamaianmu.. Kaulah senja.. Indah sungguh ciptaanNya.. Senja dan aku~

Saturday, January 5, 2013

don't forget Allah

Then you forget to say thank you Allah.. You forget to say insyaallah.. You forget to say subhaallah, Raise your hands alhamdulillah.. Can't you see His promise to you.. Can't you see His promise is true.. Hold on the rope of Allah.. Don't lose hope in Allah..

Friday, January 4, 2013

Kau Bukan Segalanya Bagiku

Hari demi hari kau datang dalam hidupku untuk mencipta memori terindah, kau mula datang untuk mendekati ku saat aku masih terkapai-kapai mencari cinta, sedikit demi sedikit kau telah merubah hatiku untuk menyatakan cinta..dan pandai untuk mengenal cinta.. Aku hanya mengikut langkahmu tanpa menolak kerna aku telah memberi hati ini untuk mu.. Namun semua yang ku harapkan tidak seperti ketentuanNya, kau telah pergi meninggalkan aku begitu sahaja.. Kau terbang tinggi meninggalkan aku dengan harapan aku tidak akan mampu melihat walaupun hanya bayangan mu.. Kau terbang dah terus terbang.. Kau terbang seolah-olah kau tidak mengharapkan aku untuk mencapaimu kembali.. Aku hanya melihat kau terbang dan terbang bebas ke sana ke mari.. Aku di sini bagaikan tiada sayap untuk mengejarmu.. Bagai tiada kekuatan untuk bangun kembali.. Mengharap ada sang yang sanggup untuk mengubati hati ini.. Menanti dan terus menanti.. Kini begitu jelas perbedaan kau dan aku.. Kau bagai tinggi mencecah awan bila kau bebas terbang dan aku duduk di bawah menghadap bumi mengharap cinta dariNya.. Kini aku pasrah melepaskan mu terbang.. Terbanglah kau setinggi yang kau mampu, aku berjanji aku tidak akan mengejarmu lagi, kau bukanlah segala-galanya bagiku.. Aku kini bahagia disampingNya

Thursday, January 3, 2013

aku

aku dilahirkan kat tumpat..kelantan...2 januari 1989..zodiak aku of coz capricorn...
hidup aku simple tapi banyak gak masalah..biasa arrr hidup..always ade masalah...
but aku x kisah sume tuh coz aku just follow the flow...
sbb aku pikir kalu aku guna prinsip tuh mybe aku x lah terbeban sangat nga msalah aku..
so..bagi masalah bagaikan masalah umpama corak yang mewarnai hidupku..tanapa masalah hidup sepi dan kosong tanpa corak...(mungkin hidup ini akan lebih bosan kan)
aku dilahirkan dengan di anugerahkan 3 kakak n 3 adik....
aku ank ke empat...kalu ikut pengiraan tanah, air, api, angin...aku nih angin lerrr.....
kat cni aku ade ambk ciri2 orang yang di katogerikan angin....

...>>>Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan. (aq ambk kat intrnt)...hehe...

yang aku bold kan tuh, mmng aku xsuke...aku rasa cam xsama je nga aku....hehe
tp xper lah...aku xkisah pon....



Wednesday, January 2, 2013

aku diusia yg bertambah

Hari lahir yang ke 24??mimpi atau realiti.??Sungguh cepat masa berlalu..setahun pantas pergi begitu sahaja, terasa begitu rugi jika semua yang dilakukan tahun lepas membuang masa sahaja.. Ku mengharap buang masa sahaja bukan perkara yang sering ku lakukan tahun lepas..24tahun bukanlah umur yang muda lagi bagiku, dulu sewaktu usia masih mentah..bila terdngr sahaja org yang umurnya lingkungan 24 keatas..aku merasa mereka sudah tua, atau lebih tepat sudah mula matang dalam urusan dunia dan akhirat..pastinya sudah pantas punya kehidupan yg lengkap, sudah bekerja, punya suami dan anak-anak..dari segi luaran pastinya sudah lengkap segalanya seperti kereta dan rumah mungkin sudah ada walau kedua2nya hanyalah disewa.. dulu ketika diusia yang masih mentah..aku tidak pernah untuk terfikir apatah lagi berfikir.. Setahap mana aku diusia yang sentiasa berubah dari tahun ke tahun meninggalkan setiap angka dari satu kepada dua, dua kepada tiga dan seterusnya...seindah manakah aku akan lalui hidupku diusia itu, mungkin ada angan2 dalam setiap waktu perubahan umurku tp ku tidak meletakkan bila dan apa yang harus aku lakukan..mungkin setiap awal tahun fenomena memahatkan azam dalam diri msng2 sudah terbiasa dalam masyarakat kte, dan itu juga pernah dilakukan aku.. Saat itu aku akan ingin lakukan itu dan ini..detik itu aku mahukan itu dan ini..tapi aku percaya seperti kata orang di kanan kiri ku, kita hanya mampu merancang tp Dia yang menentukan, aku sangat yakin dngn kata2 ini..aku juga salah seorang yang berpegang pada kata-kata ini namun lebih kerap bila aku rasakan kesusahan.. Usia akan sentiasa berubah tidak kira tahun, bulan, minggu, hari, jam, mahupun setiap saat..aku juga tidak pernah terkecuali bersama2 kalian mencipta azam..bahkan setiap awal tahun aku memahat begitu banyak azam mungkin lebih dari kalian.. Tanggal 1 januari beratur panjang azam yg diciptaku..ia simbolik bg merai tahun baru..tanggal 2 januari aku masih sibuk mencatat azam untuk dipahat didalam sanubari ini..selalu aku panggil catatan azam ku adalah harapan semperna meraikan hari kelahiran ku.. Tp semenjak 2 3tahun yang lalu, aku mula bosan dengan semua azam kosong ku..kini aku mula sedar rupa2nya ia hanya sesuatu yg bukan dtng dari hatiku tetapi hanya ikutan orang disekelilingku., baru aku sedar azam yang sering ku berharap terpahat di sanubari rupanya mainan minda ku sahaja..belum berakhirnya januari kadangkala azam ku juga pasti mula hilang sedikit2 dibawa angin januari.. Sungguh mudah rupanya insan sepertiku untuk tidak menepati azam..hangat2 taik ayam saja.. Mungkin ada yang memikirkan aku hidup tidak berperinsip, tiada hala tuju atau macam2 kata2 nakal yang lain.. Tapi aku yakin setiap orang pasti ada matlamat untuk kehidupan mereka, bg ku matlamat hidupku mampu mencambahkan beribu2 impian dan harapan yang ingin ku capai.. Disaat itu azam dlm diri ini terpahat rapi..aku hanya insan biasa yang sentiasa mencari kesempurnaan walau ku ketahui aku tidak akan mencapai.. Satu perkara yang sentiasa menjadi sesuatu yang kupegang rapi.. Hanya mengikut corak yang ditetapkan oleh Nya..hadapinya..setiap yang diberikan Dia pasti ada tujuan..kita tidak mengetahui apa akan berlaku untuk hari esok.. Mungkin sesuatu yang telah ditetapkan olehNya tidak sama seperti yang diazamkan atau a..oleh itu azam harus sentiasa berubah mengikut ketentuan mungkin itu lebih baik..memikirkan 23 yang ditinggalkan..kadang2 aku rasakan perlu untuk aku menoleh kebelakang sbg panduan untuk aku melalui pelbagai warna dihadapan menungguku.. Melalui hari pertama diusia 24 tahun,