Friday, January 4, 2013

Kau Bukan Segalanya Bagiku

Hari demi hari kau datang dalam hidupku untuk mencipta memori terindah, kau mula datang untuk mendekati ku saat aku masih terkapai-kapai mencari cinta, sedikit demi sedikit kau telah merubah hatiku untuk menyatakan cinta..dan pandai untuk mengenal cinta.. Aku hanya mengikut langkahmu tanpa menolak kerna aku telah memberi hati ini untuk mu.. Namun semua yang ku harapkan tidak seperti ketentuanNya, kau telah pergi meninggalkan aku begitu sahaja.. Kau terbang tinggi meninggalkan aku dengan harapan aku tidak akan mampu melihat walaupun hanya bayangan mu.. Kau terbang dah terus terbang.. Kau terbang seolah-olah kau tidak mengharapkan aku untuk mencapaimu kembali.. Aku hanya melihat kau terbang dan terbang bebas ke sana ke mari.. Aku di sini bagaikan tiada sayap untuk mengejarmu.. Bagai tiada kekuatan untuk bangun kembali.. Mengharap ada sang yang sanggup untuk mengubati hati ini.. Menanti dan terus menanti.. Kini begitu jelas perbedaan kau dan aku.. Kau bagai tinggi mencecah awan bila kau bebas terbang dan aku duduk di bawah menghadap bumi mengharap cinta dariNya.. Kini aku pasrah melepaskan mu terbang.. Terbanglah kau setinggi yang kau mampu, aku berjanji aku tidak akan mengejarmu lagi, kau bukanlah segala-galanya bagiku.. Aku kini bahagia disampingNya

0 comments:

Post a Comment