Wednesday, January 2, 2013

aku diusia yg bertambah

Hari lahir yang ke 24??mimpi atau realiti.??Sungguh cepat masa berlalu..setahun pantas pergi begitu sahaja, terasa begitu rugi jika semua yang dilakukan tahun lepas membuang masa sahaja.. Ku mengharap buang masa sahaja bukan perkara yang sering ku lakukan tahun lepas..24tahun bukanlah umur yang muda lagi bagiku, dulu sewaktu usia masih mentah..bila terdngr sahaja org yang umurnya lingkungan 24 keatas..aku merasa mereka sudah tua, atau lebih tepat sudah mula matang dalam urusan dunia dan akhirat..pastinya sudah pantas punya kehidupan yg lengkap, sudah bekerja, punya suami dan anak-anak..dari segi luaran pastinya sudah lengkap segalanya seperti kereta dan rumah mungkin sudah ada walau kedua2nya hanyalah disewa.. dulu ketika diusia yang masih mentah..aku tidak pernah untuk terfikir apatah lagi berfikir.. Setahap mana aku diusia yang sentiasa berubah dari tahun ke tahun meninggalkan setiap angka dari satu kepada dua, dua kepada tiga dan seterusnya...seindah manakah aku akan lalui hidupku diusia itu, mungkin ada angan2 dalam setiap waktu perubahan umurku tp ku tidak meletakkan bila dan apa yang harus aku lakukan..mungkin setiap awal tahun fenomena memahatkan azam dalam diri msng2 sudah terbiasa dalam masyarakat kte, dan itu juga pernah dilakukan aku.. Saat itu aku akan ingin lakukan itu dan ini..detik itu aku mahukan itu dan ini..tapi aku percaya seperti kata orang di kanan kiri ku, kita hanya mampu merancang tp Dia yang menentukan, aku sangat yakin dngn kata2 ini..aku juga salah seorang yang berpegang pada kata-kata ini namun lebih kerap bila aku rasakan kesusahan.. Usia akan sentiasa berubah tidak kira tahun, bulan, minggu, hari, jam, mahupun setiap saat..aku juga tidak pernah terkecuali bersama2 kalian mencipta azam..bahkan setiap awal tahun aku memahat begitu banyak azam mungkin lebih dari kalian.. Tanggal 1 januari beratur panjang azam yg diciptaku..ia simbolik bg merai tahun baru..tanggal 2 januari aku masih sibuk mencatat azam untuk dipahat didalam sanubari ini..selalu aku panggil catatan azam ku adalah harapan semperna meraikan hari kelahiran ku.. Tp semenjak 2 3tahun yang lalu, aku mula bosan dengan semua azam kosong ku..kini aku mula sedar rupa2nya ia hanya sesuatu yg bukan dtng dari hatiku tetapi hanya ikutan orang disekelilingku., baru aku sedar azam yang sering ku berharap terpahat di sanubari rupanya mainan minda ku sahaja..belum berakhirnya januari kadangkala azam ku juga pasti mula hilang sedikit2 dibawa angin januari.. Sungguh mudah rupanya insan sepertiku untuk tidak menepati azam..hangat2 taik ayam saja.. Mungkin ada yang memikirkan aku hidup tidak berperinsip, tiada hala tuju atau macam2 kata2 nakal yang lain.. Tapi aku yakin setiap orang pasti ada matlamat untuk kehidupan mereka, bg ku matlamat hidupku mampu mencambahkan beribu2 impian dan harapan yang ingin ku capai.. Disaat itu azam dlm diri ini terpahat rapi..aku hanya insan biasa yang sentiasa mencari kesempurnaan walau ku ketahui aku tidak akan mencapai.. Satu perkara yang sentiasa menjadi sesuatu yang kupegang rapi.. Hanya mengikut corak yang ditetapkan oleh Nya..hadapinya..setiap yang diberikan Dia pasti ada tujuan..kita tidak mengetahui apa akan berlaku untuk hari esok.. Mungkin sesuatu yang telah ditetapkan olehNya tidak sama seperti yang diazamkan atau a..oleh itu azam harus sentiasa berubah mengikut ketentuan mungkin itu lebih baik..memikirkan 23 yang ditinggalkan..kadang2 aku rasakan perlu untuk aku menoleh kebelakang sbg panduan untuk aku melalui pelbagai warna dihadapan menungguku.. Melalui hari pertama diusia 24 tahun,

0 comments:

Post a Comment