Tuesday, June 4, 2013

kesian

aku tidak pandai untuk meluah rasa yang terbuku di hati saat ini, mungkin hanya satu perkataan yng boleh aku gambarkan iaitu kesian. kesian dengan insan yang tidak tahu untuk menghargai kelebihan yang ada pada diri sendiri. aku yakin dan tersangat percaya dengan kelebihan yang allah telah bagi kepada setiap hambanya, masing2 sudah pastinya ada kelebihan dan kadang2 ada kurangnya. dari apa jua sudut pasti ada lebih ada kurangnya, masing2 sudah diberi rezekinya yang tersendiri. tiada manusia sempurna dalam dunia ini. itu sangat pasti. tapi kadang-kadang ada yang langsung tidak sedar bahawa tiada yang sempurna jika ia manusia. kau kejar kesempurnaan aku yakin kau tidak akan dapat mengejarnya. just say alhamdulillah pada setiap yng sudah dimiliki, tidak perlulah hidup dengki mendengki aku lebih kau kurang, kita sama tiada beza kau manusia aku juga manusia,. kita tidak sempurna. untuk kau terus lari dari alpa dengan mengejar kesempurnaan, ingatlah satu benda syukur. bila sudah bersyukur pastinya kita akan terima hak milik kita seadanya tanpa perlu persoal hak orang lain. just syukur. tidak perlu fikir kelemahan yang kau ada, tp fikirlah kelebihan yang kau miliki, pastinya ku tidak perlu untuk tersentap atau cemburu dengan bukan hak engkau..just saying...~