Sunday, August 15, 2010

Kau Aku dan Dia

Kawan..

Ada masa aku rasakan diri ini tidak perlukanmu..

Ada masa aku amat memerlukanmu..

Aku menangis keranamu..

Aku ketawa keranamu..

Aku sengsara disampingmu

Aku bahagia disismu..

Kawan..

Aku tidak mengerti perhubungan kau dan aku...

Aku sedih kerana kamu..

Aku gembira kerana kamu...

I need u friend....

Tq coz telah memberi seribu corak dalam kehidupanku...

....dan mewarna-warnikan kehidupaku

Putih atau hitam warna yg kau berikan kpdku...

Kau tetap bermakna dalam kehidupan ini...

l love u so much friend....

aKu InDaH sInAr MeNtArI

iNdAh SiNaR mEnTaRI

aku resah disaat jiwa memikir tentang kamu...aku terus terfikir adakah kau tercipta untukku...aku perlukan dirimu untuk melengkapi hidupku...aku perlukan kamu untuk memimpinku, menasihatiku, menjagaku, agar aku tidak terus tersasar dalam melayari kehidupan yang penuh dengan seribu corak kehidupan....aku perlukan kamu untuk membawaku kepada jalan kebenaran... aku tidak mahu ketampananmu...aku tidak mahu hartamu...yang aku ingin hanyalah satu...iman mu..agar kau mampu menjadi nakhoda di dalam bahtera yang akan kita bina, yang mampu membawaku ke firdausi...aku sanggup meminta, merayu, memohon padamu, jika itulah syarat untukku mendapatkanmu....aku perlukan kamu dalam hidupku..aku gadis yang alpa, leka...aku perlukan didikan dari seorang insan yang mampu membimbingku dan membawaku ke firdausi...

mungkin

aku insan yang telah jauh dari penciptaku... aku hambaNya yang sukar untuk berterima kasih kepada Nya....aku mahu kembali pada Nya...aku perlu kembali pada Nya...

tapi...

‘tapi’ aku sering mengukapkan perkataan tersebut dalam diriku...aku sering terfikir sampai bilakah aku akan terus berada begini dalam dunia ciptaanku sendiri...aku ada pencipta...dunia ini milikNya...sampai bilakah aku akan sedar bahawa bumi ini hanyalah pinjaman dariNya kepadaku...disaat Dia mengambil semuanya dariku...pasti disaat itu aku akan sedar bahawa semua yang aku miliki hanyalah pinjaman semata-mata dariNya.....termasuk diriku...disaat Dia mengambilku....siapalah aku ini...hanya hamba yang inginkan pengampunan dariNya...

Hatiku sering terfikir tentang kehidupanku ini...sampai bilakah aku akan terus begini...menjadi gadis yang alpa, leka, sombong dengan penciptanya sendiri....duniaku kosong, tanpa corak kasih dan sayangku padaNya....aku insan yang jauh melupakanNya....hatiku resah, gelisah., rasa bersalahku padaNya semakin mebelenggu jiwaku.....

Aku pernah meluahkan perasaanku ini pada temanku..aku katakan padanya bahawa aku telah tidak tertahan lagi menanggung perasaan ini, aku sudah terlalu jauh dariNya...

Kau sembahyang..

Kau puasa...

Kau melakukan apa yang diperintah oleh Nya...

Kenapa kau masih merasakan dirimu jauh dariNya....

Kata-kata temanku semakin meresahkan ku...\perbagai persoalan muncul dalam kotak pemikiranku...aku tidak sanggup menipu diriku lagi ...ia memang aku sembahyang...tp adakah sembahyangku diterima, jika fikiranku sering terfikir seribu persoalan yang jauh daripada tujuanku untuk mendekatkan diriku padaNya....syaitan menggangguku..aku tidak khusyuk ketika solat... itu maknanya..aku telah jauh daripadaNya....Aku tidak sangguh lagi untuk memikirkan amal ibadatku yang lain...mungkin ia lebih jadikan aku resah dan gelisah.

Ya allah ampunkan hambamu yang hina ini....

Ya allah.......