Sunday, January 27, 2013

dArI hAtI kEhaRuMaN cAhAya

ada apa dengan couple? Ber 'couple'merupakan suatu perkara yang telah menjadi budaya remaja yang kononnya up to date. Couple bermula dengan pandangan mata, kemudian jatuh ke hati, saling mengutus senyuman. Selepas itu, berbalas- balas SMS, MMS rindu, sayang dan sebagainya. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian terhasillah tittle ber‘couple’. Ada juga yang siap letak status in a relationship di facebook masing- masing. Couple bagi zaman sekarang adalah sesuatu yang lumrah, suatu keperluan untuk mengenali seseorang sebelum berkahwin. Bagi remaja yang belum terfikir pun untuk berkahwin, couple adalah jalan untuk memenuhi naluri mereka yang sentiasa ingin menyayangi dan disayangi oleh jantina berlainan. Ramai remaja kini sibuk mengejar cinta lelaki dan bercouple. Alasan yang diberikan kerana sangat perlukan seseorang yang sentiasa ada pada setiap masa untuk mendengar mereka bercerita sehari- hari, perlukan seseorang untuk berkongsi cerita suka duka, perlukan telefon yang sentiasa berbunyi 24 jam, dan memerlukan teman agar mereka tidak berasa hidup ini kosong. Saya mula mengenali perkataan couple semasa dalam sekolah menengah apabila melihat teman- teman sekelas mempunyai pasangan. Mereka dilihat hebat kerana mempunyai peminat, matang, dan terkenal kerana mempunyai pergaulan yang luas kerana bercouple dengan senior-senior. Saya pula merupakan seorang yang pemalu dan jarang bercakap dengan lelaki. Hakikatnya, saya bukan seorang yang sangat pemalu atau pendiam tetapi apabila berhadapan dengan lelaki serta merta sifat malu saya sangat menebal……. Ini mungkin menyebabkan saya tidak mudah untuk mendekati lelaki. Saya tiada kawan lelaki, yang ada hanya kenalan sahaja. Saya meletakkan bahawa tiada istilah couple dalam hidup saya. Kalah dengan prinsip sendiri ? Kecewa.... sangat kecewaaaa....Saya memusnahkan, menghancurkan, merosakkan, menjahanamkan janji yang telah saya genggam dan semat dalam diri sendiri. Bagaimana saya boleh kalah ? Kisah cinta saya bermula apabila ada seorang classmate yang ala-ala ustaz yang selalu menggugat hati saya dengan sms yang berbau prihatin, selalu mengingatkan saya tentang solat. Namun, walauapa pun terjadi, itu tidak akan sama sekali bisa menggugat hati saya. Saya akan tetap terus berdiri teguh. Tapi kata teman-teman telah menggugat pendirian yang saya pegang teguh selama ini. Bagaimana awak boleh menolak lelaki sebaik itu ? awak ni memang blur, tak berperasaan atau tak normal ? OMGGGGG...... Saya sangattt la normalll okehh...... Best ke couple ? Honestly, bagi saya couple ni tak seindah yang saya duk bayangkan. Kenapa ? First, rasa bersalah selalu menghantui diri. Betul ke apa yang aku buat ni ? Bersms benda yang tak penting, sangat buang masa. Hujung minggu mesti nak plan gi dating. Tapi untuk menghentikan semua ini saya tidak mampu..... Tidak mampu untuk menghentikan segala sms dan call dari dia. Tidak mampu untuk berkata tidak dan bertegas kerana hati perempuan ni tersangat la lembut dan mudah kasihan. Lebih- lebih lagi pada orang yang mereka sayang. Saya selalu berdoa pada Allah memberikan saya kekuatan agar tidak terpedaya dengan cinta yang sia- sia dan semoga Allah menjadikan kami yang halal. Saya betul- betul ikhlas dengannya dan semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kami berdua. Namun, hajat hati tak kesampaian.......Dia tinggalkan saya untuk orang lain.... Alasannnya ? Saya terlalu baik untuk dia ,saya ni terlalu pemalu...lebih banyak mendiamkan diri apabila berjumpa. saya tidak ikhlas dengannya, ajak pergi jumpa family dia taknak, saya terlalu ego, saya tak pernah sayang padanya.....sukar untuk saya menyatakan sayang pada orang yang tidak sepatutnya, saya pentingkan diri, saya tak pernah fikir perasaan dia, saya lebih pentingkan kawan....bla... bla...bla.... Alhamdulillah..... Saya sangat marah dan kecewa pada mulanya, diri ini hampir mati dek kekecewaan yang mendalam, namun untuk apa dikenangkan lagi cinta manusia yang penuh kepalsuan dan hampir menenggelamkan saya. Buat dia yang pernah saya berikan cinta, saya sangat ikhlas dengan cinta itu. Tapi itu dulu, jangan pernah merayu-rayu saya lagi kerana kini hati saya menjadi sekeras batu.... tiada lagi kekuatan untuk mencintai seperti dulu. Semoga Allah menyembuhkan dan merawat saya dengan cinta- Nya. Jika dulu saya rasa sifat malu ini adalah kelemahan saya, kerana ini punca saya ditinggalkan. Kini, saya tahu itu adalah kekuatan saya. Syukur tidak terhingga saya panjatkan kerana Allah mengurniakan sifat malu sebagai perisai diri saya. Semoga Allah terus memperteguhkan hati saya dan hati mereka-mereka untuk terus menjaga diri, menjaga hati sebelum sampai jodoh yang telah ditetapkanNya. Saya sudah menyerahkan segalanya kepada Allah. Cukuplah Allah dan Rasulullah di hati. Kepahitan semalam membuatkan saya mengenali hakikat kehidupan. Kita hanya merancang tetapi yang menentukan segalanya adalah Dia,tuhan pemilik sekalian alam. Kredit to : KeHaRuMaN cAhAyA

0 comments:

Post a Comment