Sunday, November 11, 2012

senja dalam kedamaian

Teringat peristiwa diwaktu senja..disaat senja mula terasa ingin melarikan diri seketika pada hari itu..setelah penat seharian memberi sinarnya kepada bumi kini tiba masanya dia menghilang seketika dari kelihatan..dalam kecantikan yang menenan. Jiwa.. Aku keseorangan menghadap bumi kampungku yg terbentang luas, dngn pokok kelapa yg merelakan dirinya ditiup angin...anak-anak muda meriuhkan lagi suasana dngn motor yg tidak lansung menyakitkan telinga.. Membuatkan aku tersenyum,mereka ke sana kemari di saat ini pastinya satu kesukaan., menghirup udara petang memang satu anugerah yg wajib dinikmati., anak-anak kecil yg keriangan bermain di tanah-tanah lapang yg terbiar dihiasi rumput-rumput hijau sesegar bagai baru di sirami air..membuatkan hatiku yaberbunga indah.. Tidak kira orang kanan dan kiri melihat kecomelan tingkahlaku mereka bermain lansungpenaj tidak dihir au.. Apa yang dirasakan btol dilakukan sahaja..menikmati kehidupan tanpa ada yang ingin difikirkan.. Andai diletakkan harimau didpn pastinya mereka tidak akan fikir bahayanya sang harimau..tp sebaliknya mereka akan fikir bagaimana ingin bermain dngn harimau itu, didalam kepala hanya keseronokan.. Mengukir senyum paling indah bila melihat gelagak anak-anak ini.. Aku pernah berada disitu.. Menghirup udara untuk keseronokkan..aku masih leka dibwah pondok usang yg entah berapa puluh tahun disitu.. Seingatku dari aku kecil lagi ia utuh bertahan disitu.. Walau banjir mengziarahi., ia tetap disitu menjadi penunggu setia menjalinkan hubngan dngn semua org kg di sini.. Terasa menghargai sang usang yga ku duduk kini.. Mungkin perasaan ini juga dirasakan penduduk kampung yg lain..

0 comments:

Post a Comment