skip to main |
skip to sidebar
Thursday, February 28, 2013
aku dan kota kepalsuan~
Aku gadis kampung
Tidak tahu aturan hidup di kota
Terasa kota penuh kepalsuan membawa terus mengaku aku gadis kampung
Walau kaki ini perlu jejak ke kota kepalsuan
aku akan berdiri di situ melihat hidupmu
melihat gelak mu wahai kota..
kota
walau kau kata aku masih seperti dulu
seperti waktu kau berseluar kakinya besar
rambutnya afro..
aku mengaku.. aku masih seperti zaman kampungmu dulu..
bagaimana kau tahu hidupku kini seperti zaman muda mu dulu..
yakin kau juga pernah merasa kampung sepertiku… yakinlah kota..
aku suka suasana itu.. wahai kota..
aku suka keramaian anak-anak berbasikal ke sana ke mari..
riuh bermain di tanah-tanah kosong..
dulu..
di situ aku kenal sakitnya bila dikhianat
di situ ku rasa tersenyum bersama teman rapat..
kota..
aku tahu kau juga pernah di situ..
aku tahu kau juga pernah terasa hebatnya kampungku..
bila kau mula berubah menjadi kota
kau mula tidak kenal lagi tempatmu tersungkur dan tempatmu bangun hingga menjadi kota..
mudah sungguh kau lupa
kau pandang aku bagaikan tidak layak untuk aku berada di bumi ini
gahnya dirimu kota
sehingga kau calar diriku dengan pandangan mu..
kota
aku gadis kampung
masih mengharap aku akan terus di sini
di tanah kampung ku..
bersemadinya aku disini saat mawar merah mula bertaburan di dada ku
aku harap…masih di sini..
kota engkau gah dengan diri mu..
kemegahanmu..
aku masih di kampung ini…
mengadap pantai mengdongak langit..
berkain batik berselipar jepun..
itulah aku..gadis kampung..
bersama aiskrim sepuluh sen di tangan..
sudah cukup kiranya untuk ku megahkan..
kita begitu jauh kota..
yakinlah aku begitu jauh banding denganmu..
dan aku yakin aku pasti tidak mampu mengejarmu kota..
dan yakinlah aku tidak sanggup menjadi sepertimu kota…
aku hanya gadis kampung
yang akan berbangga bila orang memanggilku … gadis kampung…
Followers
About Me
- indah sinar mentari
- seseorang yang bergelar insan pasti perlukan ilmu utk melalui hari2 hidupnya..walau sedikit perkara yang kita ketahui..ketahuilah itu adalah ilmu..dan ilmu itu sangat berharga..aku adalah seorang yang sentiasa inginkan ilmu agar aku lebih matang utk harungi hidup ini..~
Search This Blog
Popular Posts
-
ari tuh member aq terbaca my blog.. pas2 dier tnya aku..apa maksud melankolia??? nape letak title blog... melankolia senja... aku xtau nk ex...
-
Tak pernah pun selama hidup aku..aku fikir nk g Indonesia..paling2 aku berangan nk g oversea pun mst indon xpernah jd sasaran angan2 ku..t...
-
Hidup aku hari ini mula suram..dek kerana terfikir sesuatu yg pasti tiada jawapan utk aku menjawab nyer..masihkah ader hari esok utk aku?? ...
-
sudah bosan aku melihat gelagat manusia kanan dan kiri hidupku..jika itulah perkataan yg paling wajar aku berikan.. “bosan” mungkin.. aku ju...
-
Dan bila hari berganti hari.. Aku masih disini.. Mengharapkan sesuatu di dalam hati.. Tanpa tiada sesiapa yang mengerti.. Ku pandang ka...
-
terompah.. first n last aku pernah pakai setelah 22tahun umur aku.. ayyyyyoooooiiii... susah kot pakai benda niey.. ari 2 b'henti smbhya...
-
Duk luar dr kelantan x bermaksud aku perlu tukar dielek aku..dah memang bahasa tempat lahir aku..nape nk dipertikaikan yg aku ckp kelantan p...
-
Hari demi hari kau datang dalam hidupku untuk mencipta memori terindah, kau mula datang untuk mendekati ku saat aku masih terkapai-kapai me...
-
Aku dah hmpir 1 thun lbh berblogging dan aku x berhajat pom wat blog nih utk jd glamour or sama waktu dngnnya..n klo u all xnk baca blog a...
-
rindu pada senyuman ayah..mak..adik-beradik.. senyuman terukir indah..penuh keikhlasan.. ayah.. selalu senyum..ikhlas sangat.. klo aku wat s...
0 comments:
Post a Comment